Wednesday, May 19, 2010

Men doing the housework reduces divorce-risk: study

http://uk.news.yahoo.com/18/20100518/tuk-men-doing-the-housework-reduces-divo-a7ad41d.html


When I read this article, I am 100% agree with it. Not just because I'm a wife. Sememangnya hidup berumahtangga ni mesti saling bantu-membantu. Tak bolehlah nak harapkan isteri je yang buat sume kan. Considerlah cker. Lebih-lebih lagi, kalo isteri bekerja. For me, being a working mother + wife is a very tiring and stressful job. It's like you are working 24 7. U have to handle yourself, work, kids and husband. Bila dah penat sangat, tensen sangat, macam2 bleh jadi kan. Kalo ade suami membantu, it will be a great relief to the wife. How i wish....

Wednesday, May 12, 2010

A reminder to myself



Thursday, April 29, 2010

SUATU PERJALANAN

Reading this article making me realise that jauh lagi my journey as a wife..lotsa things i have to go through..bad times good times...i just have to face it..deal with it..dat's d way life goes..so help me God..please give me all the strength i need to be a good wife.


SUATU PERJALANAN


"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan.. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI


Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


 
YANG LEBIH, YANG KURANG
 

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Thursday, April 22, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

This is taken from a forwarded email by my x-housemate...
Untuk renungan kita bersama...which i find it true..just be thankful...what you give, u get back..


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Tuesday, April 13, 2010

Suami tunjang rumah tangga bahagia Oleh Khairul Anwar Rahmat 2010/04/09

Lelaki kena teladani cara Rasulullah hormati isteri jalani kehidupan sebagai ketua keluarga. PASTI ramai terkejut dengan laporan akhbar baru-baru ini bertajuk ‘12,349 lelaki yang tidak bertanggungjawab’. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Ibrahim Lembut, mendedahkan sebanyak 12,349 kes tuntutan nafkah direkodkan sepanjang 2000 hingga 2009. Begitulah ramainya orang lelaki yang culas mematuhi perintah mahkamah untuk membayar nafkah. Inilah akibat kepincangan sistem kekeluargaan yang semakin membarah dalam masyarakat kita. Melalui statistik itu, terbukti bahawa ramai suami dan bapa yang tidak memahami tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya.

Lalu, saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan saudara sekalian mengenai hikmah perkahwinan yang perlu sentiasa kita perteguhkan. Bagus sekiranya kita bermuhasabah mengenai perjalanan bahtera rumah tangga kita. Tatkala kita memerhatikan kegembiraan dan kebahagiaan pasangan lain, adakah kita mengambil teladan? Atau ketika terdengar masalah dan kesulitan pasangan lain, adakah kita mengambil iktibar?

Saya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman mengendalikan kes, bahawa realitinya, tidak semua perkahwinan yang dibina akan berakhir dengan kegembiraan seperti mana yang ditunjukkan dalam drama swasta atau cerekarama. Malah, jangan beranggapan bahawa majlis perkahwinan yang hebat dengan belanja ratusan ribu ringgit akan menjanjikan bahagia.

Ada yang bertanya kepada saya, apakah hak dan tanggungjawab seorang isteri. Jawapannya mudah saja. Berbaliklah kita kepada sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah).

Sudah terang lagi bersuluh bukan? Betapa tingginya martabat seorang suami untuk ditaati sudahpun diberikan kiasannya oleh Nabi SAW. Saidatina Aishah juga pernah berkata: “Wahai wanita. Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu akan bertindak menyapu debu dari tapak kami suamimu dengan sebahagian mukanya”.

Kata-kata itu bukan bermaksud seorang wanita perlu sentiasa menyapu debu di kaki suaminya. Namun secara kiasannya, Saidatina Aishah mengingatkan golongan wanita mengenai kewajipan mentaati suami yang tidak ada tolok bandingnya dengan kewajipan lain. Namun demikian, ia tertakluk kepada syarat lain terutama selagi si suami mentaati perintah Allah dan Rasul.

Wahai golongan bapa, janganlah pula kita gembira dengan kata-kata di atas. Ingatlah bahawa penghormatan itu datang dengan tanggungjawab yang berat. Jika demikianlah ketinggian darjat kita di sisi Islam, maka bukan bermakna kita boleh memperlakukan isteri kita dengan sesuka hati.

Renungilah ayat kitab suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang meletakkan wanita di kedudukan tinggi dan mulia. Kepada anak muda yang ingin berkahwin, fahamilah hak seorang perempuan yang bergelar isteri.

Kepada bapa-bapa yang sudah mengharungi masjid perkahwinan selama setahun, lima malah sepuluh atau 20 tahun, tidak salah juga jika sesekali menilai sama ada kita sudah menghargai isteri kita sebaik mungkin atau tidak.

Jika ada yang masih terleka atau terlupa, elok sama-sama kita renungkan pesanan Rasulullah: “Perlakukanlah wanita dengan baik, kerana mereka itu diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Yang bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Bila engkau terlalu keras meluruskannya ia patah, tetapi bila engkau biarkannya ia tetap bengkok. Oleh itu, perlakukanlah wanita dengan baik”.

Demikianlah sabda Baginda sebagai panduan kaum lelaki. Hendaklah kita sentiasa berlembut dengan kaum wanita terutama yang sudah sah diijabkabulkan sebagai isteri. Walau apa pun yang berlaku, didiklah isteri dengan cara yang paling berhikmah supaya tidak melukakan perasaannya yang lembut apatah lagi mencederakan tubuh badannya. Dalam sepotong ayat al-Quran, Allah berfirman maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya, dalam hal yang demikian itu terdapat bukti-bukti bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah Ar-Rum: 21)

Kemuliaan kita sebagai suami hanya akan diiktiraf sekiranya kita berjaya berlaku adil, berkasih sayang dan menghargai isteri sendiri. Tiada contoh teladan yang lebih baik daripada melihat bagaimana Rasulullah menjalani kehidupan beliau sebagai seorang ketua keluarga. Ambillah petua daripada Baginda terutama bagaimana seseorang isteri harus dihormati dan dikasihi. Baginda bersabda: “Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Sedang aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri.” (Hadis Riwayat Tabrani dan Tirmidzi)

Berdasarkan pengalaman peribadi dan rakan peguam yang lain, kebanyakan kes rumah tangga yang didedahkan di majalah dan dada akhbar adalah disebabkan pembinaan keluarga yang tidak berasaskan ketauhidan terhadap Allah SWT. Justeru, marilah kita bersama kembali kepada hikmah perkahwinan yang sebenar kerana ganjarannya amat besar bukan setakat kebahagiaan di dunia, malah syurga Firdaus hakiki yang akhirnya menjadi saksi cinta sejati.

Penulis ialah Peguam Sivil di Mahkamah Tinggi Malaya serta Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah.

Friday, March 19, 2010

Ceria Dalam Memberi

Hanya saya sahaja… yang perlu lebih ceria.
Jangan kerja dan kepenatannya menghilangkan keceriaan itu.
Jangan masalah dan komplikasinya memudarkan kegembiraan itu.
Andai tidak mampu ceria kerana memang ceria…
Sekurang-kuranglah belajarlah untuk ceria kerana mahu menceriakan insan-insan tersayang.
Itu adalah sebahagian definisi erti hidup pada ‘memberi’.
Ceria bukan kerana ceria.
Tetapi ceria untuk menceriakan.
Menceriakan anak-anak.
Menceriakan isteri.
Pasti nanti, ceria juga diri ini akhirnya.
Senyum….

Taken from an article by ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Morale of it... I need to cheer myself up for the sake of my loved ones.

Wednesday, March 10, 2010

Wondering….

Have u ever wondered what your life would be if u took the different path? U would say u should have done this not that…choose this not that…buy this not that… Hmm..should we feel regret? Ntahler..nape ler rase cam nyesal je nih? X baik kan? Things always happen for a reason, rite? Tiap2 kejadian tu ade hikmah di sebaliknyer. We should accept it as it is kan? kan? kan? Trying to convince myself to look at things positively. Whatever happens, it happens 4 a reason. Must remember that all the time. Susahnye lah nak berfikiran positif nih.. Nape ek?